June 30, 2011

11 june 2011 - kehadiran DSAI ke Markas Kangar

tak sangka aku yang orang Perlis akan membanjiri markas baru PAS ini. parking mmg sure da tak de berhampiran kawasan ni. aku n family plak da t'lambat maklumlah kne isi perut dulu sebelum pergi situ lau tak nnt lapar la....huhuhu

ramai kan orang yang menghadirkan diri di majlis ni.
 tak perlu iklan di radio atau televisyen,
 cume poster yang difotostat dan ditampal di setiap pokok-pokok besar...

haha, abah parkir dekat simpang btl2 dekat dgn signboard simpang tiga.. hari tu mmg sgt2 bebas, kt mn pn letak kete tak kene saman. yang lebih menghairan kan lagi, tak de plak jalan jam mahupun accident. pelik kan. huhu.. nak kata ada polis trafik kawal lalu lintas pun tak ade, kalau tak ade yang membuat kacau mmg aman lah segala-galanya... perjalan kereta kat kawasan tu lancar sahaja.

ramai ahli parti yang memberi kn ucapan seperti wakil DAP, PAS. yang paling lantang sekali adalah serikandi PAS Perlis, erm lupa jawatan die tp namanya Aisyah. beliau begitu lantang bersuara, ramai orang suka dengar dia berucap.

detik yang paling di nanti sekali adalah ketibaan DSAI.. itulah yang dinantikan oleh orang ramai. beliau datang lewat mungkin sebab risau program di sabotaj.

begitu mesra sekali beliau dengan orang ramai.. aku mengambil gambar tapi sayang nya aku seperti hilang punca, kamera aku pun aku tak boleh nak handle dgn baik... huhuhu, sayang skali...

ni je gambar yang mampu aku ambil masa berada di hadapan dia.
geram-geram... 

beliau sampai dan terus duduk di kerusi hadapan berehat sambil menantikan turn beliau untuk berceramah. adik aku kehadapan dan meminta tanda tangan beliau... huhuu...


dengar beliau bercakap, sungguh lantang bersama hadis dan hujah yang bernas. pada aku kalau beliau di pihak yang benar, aku berdoa agar beliau menang dan mentadbir negara dengan baik seperti yang ditetap kan oleh syarak. yang jahat pula akan di hukum.


Alhamdulillah, syukur sebab tak ada polis datang membuat kekacauan seperti yang berlaku masa ceramah beliau di stadium melewati KL...


tapi masa nak balik tu, orang ramai riuh rendah bahawa ada orang sembur cat merah pada kereta. malangnya tak dapat tangkap sapa yang buat tu. empat biji kereta dalam kawasan stadium dan dua lagi kereta dekat parkir dalam kawasan lapang dekat dengan simpang jalan.